Batua Abbah

Batua Bin Abbah merupakan ahli politik daripada Parti USNO (United Sabah National Organization) Barisan Nasional di Malaysia. Beliau berasal dari Kampung Terusan Sugut. Beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan Sugut setelah memenangi Pilihanraya Umum Negeri Sabah 1976 mewakili Parti USNO dan menewaskan calon daripada Parti BERJAYA iaitu Pengiran Khafid Bin Pengiran Salleh. Sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sugut, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Kawasan Sugut. Beliau mempunyai pertalian saudara yang dekat dengan YB Ajad O. T. Oyung. Beliau merupakan adik kepada Sahirah Binti Abbah iaitu isteri kepada YB Ajad O. T. Oyung. Selain itu mereka juga adalah sepupu kerana Ayahanda beliau iaitu Abbah Bin Amalan dan ayahanda kepada YB Ajad iaitu O. T. Oyung Bin Amalan adalah adik beradik.